By: keba mamat

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Friday, 20-Apr-2007 17:00 Email | Share | | Bookmark
Chemistry

 
 
 
View all 4 photos...

Kisah Disebalik Gambar

Arini nak buat black and white. Membabitkan culture dan heritage. Minggu nih Ke tepian Pantai Batu rakit dan Ke tepian Pulau Kambing. Hari jumaat adalah hari cuti bagi kami di pantai timur. Keadaan sekeliling amat laa meriah, atau maksud lain nyer ramai org turun kepantai.....kebetulan musim sekarang nih musim mencandat sotong....kesempatan ini telah diambil oleh nelayan untuk menurunkan bot bot mereka sebelum hari senja. Selain berbot....ada juga yang menangkap ikan secara traditional......jika kita di bendang atau di baroh...kita akan guna kan bubu...tapi jika laut, alat itu dipanggil "entah belum diketahui". Si ayah dan si anak terpaksa mengharungi lautan tanpa mengunakan bot atau pun pelampung dan bergerak sikit demi sedikit ketengah lautan dan "si anak berkata, ayah...wakaf tengah disana bukan di tengah lautan". Tiupan angin yang cukup nyaman membuatkan pohon pohon nyior menari bersama deruan ombak. Sudah menjadi landskap persisiran pantai dgn ada nya pohon nyior tetapi yang kambing kambing tuh aku tak pasti laaa....mcm maner buleh ader kat situ...biasernya kuda. Tapi takpelaa mungkin kuda cuti kot. So perjalanan kami di akhiri dgn menlalui di tepian Taman Kanak kanak pulau Kambing. Matahari terbenam membuatkan diri terpesona dgn cahaya yang samar samar menerangi langit....cahaya yang suram menandakan "sebentar lagi akan masuk laa waktu magrib bagi Kuala terengganu dan kawasan2 sekitarnya"..apa lagi balik laaa weeee


Friday, 20-Apr-2007 05:00 Email | Share | | Bookmark
same colour

 
 


Kisah disebalik gambar

Bunge-bunge yang ade disekeliling umah aku jerrr....boring boring tunggu untuk ke solat jumaat aku pun capai kekasih no 2 aku. Round rumah tgk aper yang menarik...tgk kucing...boring....tgk ayam....lagi boring....tgk semut..aku takder macro lens.....tgk rame rame....pun boring...last last tgk mok aku duk "tebas rok" aku duk lepak kat situ jap....nak tolong tapi dah nak abih mok aku "tebas" kan. So aku pun nampak bunge bunge kat tepi mok aku buat kerje menebas tuh. Dapat laa 2 keping yang sesuai. Upload n here it is!!!


Thursday, 19-Apr-2007 13:53 Email | Share | | Bookmark
Floating Mosque

 

Kisah disebalik gambar
Kebetulan Lalu di Lagoon singgah sekejap di masjid terapung untuk semayang asar. Tgk keadaan nak hujan...so kami pusing kawasan masjid sebelum pulang. Tup tup nampak laa spot nih. Cantik laaa jugak.....maknernyer tak sie sie laaa lalu kawasan nih...mungkin rahmat Allah. Dapat juge sekeping yang sesuai.


Wednesday, 18-Apr-2007 11:36 Email | Share | | Bookmark
big Hill

 
 
Kisah disebalik gambar
Petang semalam, segala aktiviti ditangguhkan kerana terlalu sibuk di office so gambar pada hari ini hanya laaa merangkumi kawasan yang kelihatan disekeliling. Ader maser break 5 minit....gambo laaa jadi makanan. gi jalan jalan makan angin kawasan sekitar....last last view dari office aku paling best....so aku buke jendela dan mula kan snap gambar. Ini hasilnyer....napok best view nih.....tghhari...waktu matahari sedang memuncak...awan cam gunung....berada dibelakang big hill. memang tidak dilepaskan peluang tuh.


Sunday, 15-Apr-2007 16:46 Email | Share | | Bookmark
Pulau Duyong

 
 
 
View all 7 photos...


Kisah-kisah disebalik gambar
Perjalanan saya hari ini adalah ke Pulau Duyong. Perjalanan yang hanya mengambil mase 5-7 minit dari bandar kuala terengganu dan 8 - 10 minit dari bandar bukit bayas. Perjalanan kami begitu smooth sebab laluan untuk ketepian jambatan sultan Mahmud sudah sedia ada dan luas. Berada di atas jambatan Sultan Mahmud untuk melihat perjalanan pembinaan masjid kristal yang di gembar gemburkan sebagai masjid tercantik. Masjid yang dibina di atas sebuah pulau yang dipanggil pulau wan man itu telah menelan belanje 10-15 juta untuk disiapkan. Proses pembinaan telah menjangkau 50% itu telah menampakkan rupa bentuk sebenar masjid tersebut. Tetapi gambar masjid dok dapat disiarkan sebab tidak berapa nampak...jadi untuk tidak mengosongkan keadaan blog nih....penduduk kampung dan bot2 nelayan telah menjadi mangse kerakusan kamera keba. Budok2 kampung duyong telah dikerah untuk berlakon bermandi manda di kawasan sungai terengganu. Kelihatan muke dierang yang terpakse terjun dari kaki lima menunjukkan ketidak seronokan bermandi manda. Selepas itu bot bot nelayan telah dipaksa menghadang sinaran matahari supaya cameraman tidak kepanasan. Dan Keputusan pada hari ini sedikit puas hati sebab dapat makan kepok lekor kak yah di tepian sungai sambil meneguk air carrot susu. Makanya, tertakluklaa sudoh kawasan duyong pada kali ini. Semoga budok2 duyong akan dgr kate dan mandi sungai lagi untuk masa akan datang.


[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net